Sekiranya terdapat banyak semut di rumah anda, gunakan tips ini untuk membuatkannya hilang sepenuhnya!

4618
- Advertisement -

Anda tidak perlu bimbang lagi dan mari hilangkan semut dengan teknik ini

Dengan munculnya musim panas, suasana persekitaran kembali menjadi tenang dan damai, sinaran matahari kembali bersinar dan ianya lebih seronok untuk kita bersama-sama menikmati hari di luar. Namun begitu, walaupun ini adalah waktu yang kita tunggu-tunggu dan nikmati, semua perkara di dunia ini ada baik buruknya. Dalam kes ini, ia merupakan kemunculan pelbagai jenis serangga yang telah datang dari entah mana dan telah merosakkan mood kita apabila kita mahu bersantai-santai di halaman taman kita.

Salah satu perkara yang menjengkelkan ialah apabila anda melangkah ke dapur dan tiba-tiba anda mendapati terdapat satu kawanan semut yang bebas bekeliaran di sekeliling meja, buah-buahan, dinding dan lantai. Iya betul, ia hanyalah makhluk kecil tetapi ia adalah serangga yang langsung tidak bersih dan mampu untuk tersebar ke semua kawasan dengan sangat pantas. Anda tentu sahaja boleh memilih untuk menggunakan pelbagai jenis racun serangga untuk menghilangkan serangga ini. Namun begitu, penggunaan bahan kimia di dapur sangat tidak sesuai, lebih-lebih jika anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Anda bernasib baik, kerana anda sama sekali tidak memerlukan racun serangga atau apa-apa bahan seumpamanya. Tips buatan sendiri ini sudah cukup bagus dan anda hanya memerlukan bahan-bahan yang telah pun anda miliki di rumah.

Advertisement

Kebiasaannya, bau sampah adalah bau pertama yang akan disedari oleh serangga ini, terutama apabila telah banyak sampah terkumpul. Apa yang dapat membantu anda ialah dengan meletak sedikit serbuk penaik di dalam tong sampah, dari masa ke semasa. Jangan risau. Sekiranya anda inginkan cara yang anda tidak perlu ingat sentiasa, sedikit kapas mampu menjadi alatan terbaik untuk anda. Lumurkan kapas dengan minyak aromaterapi dan tempatkannya di bahagian bawah tong sampah, sebelum anda meletakkan plastik sampah.

Sekiranya anda masih tidak berjaya untuk menghalang semut daripada masuk ke rumah anda, anda boleh mencuba langkah-langkah di bawah untuk membasmi serangga ini!

Advertisement